Friday 20 April 2012

Kursus Pengurusan Jenazah

Untuk makluman semua penduduk kampung ini " Kursus Pengurusan Jenazah" akan diadakan dikampung ini pada 1hb.Mei 2012 ( Selasa ) bemula pada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 3.00 petang di Masjid Nurul Iman Kampung Gebok. Oleh kerana kursus ini adalah amat berguna, adalah diharapkan semua pendudk kampung dapat menghadirinya. Sekian untuk makluman semua.

Majlis Penilaian Anugerah Desa Cemerlang

Ucapan Selamat Datang


Para Panel Hakim Anugerah Desa Cemerlang

Majlis Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Sembilan telah diadakan di Kampung Gebok pada 19hb. April 2012. Kampung ini terpilih untuk mewakili Daerah Seremban setelah berjaya memenagi pertandingan ini di peringkat daerah baru-baru ini. Majlis yang berlangsung dengan penuh meriah ini telah dihadiri oleh ratusan penduduk kampung ini, penduduk-penduduk taman-taman perumahan dan kampung sekitar kawasan urus tadbir JKKK Kampung Gebok serta penduduk dari perkampungan orang asli Gebok. Para panel hakim telah diiringi oleh pasukan berbasikal dari Kelab Basikal Remaja Kampung Gebok dan pihak polis sehingga ke pintu gerbang kampung ini. Kemudian mereka telah disambut oleh Pengerusi JKKK kampung ini serta diiringi dengan paluan kompang sebingga kelokasi sambutan. Satu persembahan kebudayaan berbilang kaum telah dipertontonkan kepada mereka dan para panel nampak amat berpuashati dengan sambutan yang diberikan. Mereka juga sempat melawat produk-produk hasil kraftangan orang asli, produk-produk makanan yang diusahakan dikampung ini dan pamiran dari agensi-agensi yang turut mengambil bahagian. Setelah membuat penilaian dan sessi soal jawab, para panel hakim telah dijamu dalam majlis makan tengahari yang menghidangkan masakan tradisional kampung. Mereka sekali lagi jelas nampak berpuashati. Apa yang diharapkan ialah kampung ini berjaya dalam pertandingan ini. Sekalung tahniah dan syabas kepada pihak JKKK Kampung Gebok dibawah pimpinan Tn. Hj. Mohd. Isa bin Hussin yang telah bertungkus lumus membuat persiapan sambutan ini dengan dibantu oleh penduduk kampung. Semuga berjaya.

Sila lawati laman Aktiviti untuk gambar-gambar sekitar majlis.










Thursday 12 April 2012

Kata-Kata Aluan Pengerusi JKKK

Tn. Hj. Mohd Isa bin Hussin
Pengerusi JKKK Kg. Gebok

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua yang terlibat dalam usaha mewujudkan laman ini. Dengan adanya laman ini maka wujudlah satu era baru didalam pentadbiran JKKK Kampung Gebok. Segala maklumat kemajuan, pembangunan, pendidikan, ekonomi dan kemasyarakatan akan kami salurkan kepada penduduk setempat dan kepada semua amnya melalui laman ini. Sesuai dengan saranan kerajaan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat kampung tentang kemudahan IT, maka saya menyeru kepada semua penduduk kampung ini untuk mula berjinak2 dengan laman ini untuk mengutarakan masaalah atau pun memberi pandangan serta teguran kepada kami.

Akhir kata saya sebagai Pengerusi JKKK Kampung Gebok ini sentiasa bersedia untuk mendengar rungutan2 dan nasihat2 dari anda semua yang disalurkan melalui laman ini maupun yang berjumpa dengan saya secara peribadi. Gunakanlah laman ini dengan sebaik2nya untuk berinteraksi antara satu dengan lain, salurkan maklumat atau berita2 yang anda ingin sampaikan kepada semua penduduk melalui laman ini.

Sekian, terima kasih.

JKKK Kampung Gebok

JKKK Kampung Gebok mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang  melawat laman kami ini. Semuga anda berpuashati dengan apa yang terdapat didalam laman kami. Teguran dan cadangan anda untuk menambah baik laman ini dan kemajuan kampung amat kami alu-alukan.

Monday 9 April 2012

Sejarah Nama Kampung Gebok

Sejarah Ringkas








Pada tahun 1887, En. Abdullah bin Dam Dam telah meneroka dan membuka kampung ini yang ketika itu merupakan sebuah kawasan perlombongan bijih timah yang diusahakan oleh pihak Inggeris. beliau juga adalah merupakan seorang pekerja di lombong bijih tersebut. Kebetulan pada suatu hari enjin kapal itu rosak dan beliau telah diberi kepercayaan untuk membaikki kerosakan tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerosakan itu beliau bertanya kepada pihak Inggeris apakah alat yang rosak. Maka dijawab oleh orang Inggeris tersebut "GEAR BOX".

Oleh kerana beliau tidak dapat menyebut perkataan tersebut dengan betul maka beliau bertanya sekali lagi dan dijawab lagi oleh orang Inggeris tersebut "GEAR BOX". Untuk mengingati dan menyebut perkataan itu maka beliau telah berulangkali bertanya kepada orang Inggeris tersebut. Akhirnya semasa berbual dengan rakan-rakan dipenempatan baru beliau memberitahu rakan-rakannya tentang perkara tersebut dan menyebut "GEBOK" sebagai alat yang rosak itu. Maka disahut oleh seorang rakannya serta mencadangkan kampung baru ini diberi nama "GEBOK". Setelah mendapat sokongan semua yang ada maka dinamakanlah kampung ini sebagai GEBOK dan nama itu kekal sehingga sekarang.