Wednesday 9 May 2012

Keputusan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat N9

Tahniah kepada semua penduduk Kampung Gebok kerana telah berjaya mendapat tempat ke 3 didalam Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang yang baru berlangsung. Kepimpinan JKKK Kampung Gebok ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua usaha-usaha yang telah dijalankan oleh penduduk kampung didalam mencapai kejayaan ini. JKKK Kampung Gebok juga ingin merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Tuan Hasnul bin Mohamad (Pegawai Daerah Seremban), En. Faiz dan Puan Anisah (KEMAS Seremban), Ketua-Ketua Penduduk Kampung serta Taman-Taman, Wakil-wakil Jabatan Kerajaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama kepada pihak JKKK didalam menjayakan program ini.

Ini adalah merupakan kejayaan terbesar kampung ini setakat ini. Adalah diharapkan agar kita semua mempertingkatkan usaha untuk menjadi lebih berjaya dimasa yang akan datang. Pihak JKKK sentiasa akan mendengar dan menerima teguran serta kritikan membina demi untuk memertabatkan lagi nama kampung kita. Sekali lagi syabas dan tahniah kepada Kampung Gebok yang kita cintai.