Friday 15 November 2013

Sambutan Maal Hijrah 1435

Masjid Nurul Iman Kg. Gebok telah mengadakan Sambutan Maal Hijrah 1435 pada 4 Nov 2013. Majlis ini telah dimulakan dengan bacaan Doa Akhir Tahun dan diikuti dengan Doa Awal Tahun dan Ceramah Maal Hijrah. Ceramah Maal Hijrah telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Safrizal Tarmizi. Majlis ini telah mendapat sambutan penduduk kampung serta ahli kariah masjid ini. Kira-kira 100 orang penduduk telah hadir dimajlis yang mulia ini. Tahniah diucapkan kepada AJK Masjid Nurul Iman terutama Tn. Hj. Mohd. Razi Rasul ( Imam 2 ) diatas usaha2 murni mereka untuk menjayakan majlis ini. 


Imam II mengenalkan Ustaz Safrizal Tarmizi kepada jemaah yang hadir

Imam III Hj. Subakir bin Hj. Ismail turut bersama mendengar ceramah

Setiausaha Masjid yang telah berusaha menjayakan sambutan ini.

Tuan Bilal (Hj. Shahrin) turut tidak ketinggalan

Penduduk kampung sedang asyik mendengar ceramah Maal Hijrah

Antara penduduk yang hadir

Al Fadhil Ustaz Safrizal Tarmizi


Program Kem Motivasi Bagi Pelajar-Pelajar kampung Gebok 2013

Masjid Nurul Iman Kg. Gebok telah menganjurkan " Program Kem Motivasi Untuk Pelajar-Pelajar Kg. Gebok " pada 25 dan 26 Oktober 2013. Program ini dianjurkan bersama dengan pihak JKKK Kampung  Gebok dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Tujuan Program ini adalah untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar supaya mendapat keputusan cemerlang didalam peperiksaan yang bakal mereka hadapi serta mengeksploitasikan kebolehan dan bakat yang ada pada diri masing-masing. Disamping pengisian dari segi ilmiah, program ini juga turut memberikan pengisian dari segi kerohanian. Tn. Hj. Mohd Razi bin Rasul dan Ustaz Sharifudin bin Abd. Rashid adalah merupakan antara motivator yang menyampaikan ceramah dalam bidang kerohanian. Penceramah-penceramah tempatan dan jemputan seperti dari PDRM juga turut menyampaikan ceramah. 

Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi JKKK Kampung Gebok ( Tn. Hj. Mohd Isa bin Hussin ) pada 25hb. Oktober 2013 jam 4.00 petang. Seramai 21 orang pelajar dikampung ini telah menyertai program ini. Adalah diharapkan program ini akan diteruskan dimasa akan datang demi untuk membentuk keperibadian dan disiplin penduduk kampung ini.

Pihak penganjur program ini telah menjemput Dato' Hj. Zakaria Nordin ( Timbalan Ketua UMNO Bahagian Seremban ) untuk majlis perasmian penutup pada 26hb. Oktober 2013. Majlis bersurai setelah para hadirin menikmati jamuan minuman petang yang disediakan oleh pihak penganjur.  


Para Peserta Program mendaftarkan diri

Imam II Masjid Nurul Iman membacakan doa

Pengerusi JKKK Kampung Gebok memberikan ucapan dan merasmikan program

Tn. Hj. Mohd Razi Rasul sedang menyampaikan ceramah

Peserta tekun mendengar ceramah kerohanian dari Tn. Hj. Mohd. Razi

En. Abd Ghani salah seorang penceramah undangan memberikan ceramah

Salah seorang peserta mengemukakan soalan kepada penceramah

Para peserta mengikuti Kuliah Subuh anjuran Masjid Nurul Iman

Imam II Masjid Nurul Iman sedang memberikan Kuliah Subuh

Bersenam bersama Imam II Masjid Nurul Iman

Kuliah Subuh disambung semula selepas senaman

Ustaz Sharifudin Abd. Rashid sedang memberikan ceramah 'Pengendalian Masa'

Para peserta sedang mengambil nota berkaitan pengendalian masa

Setiausaha Masjid Nurul Iman menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Sharifudin

Tuan Mazlan dari Jabatan Polis turut menyampaikan ceramah

Tuan Mazlan dengan ceramah bertajuk ' Jenayah Remaja '

Tuan Hj. Shamsudin Abdullah wakil MAINS memberikan ucapan

Pengerusi JKKK berbincang dengan Dato' Hj. Zakaria Nordin

Antara penduduk yang hadir di majlis penutup program

ibu-ibu peserta yang turut hadir

Ustaz Sharifudin sednag membacakan doa penutup

Pengerusi JKKK sednag berucap

YBHG Dato' Hj Zakaria Nordin sedang berucap

Perasmian Penutup disempurnakan oleh YBHG Dato' Hj. Zakaria Nordin
Dato' Hj. Zakaria Nordin menyampaikan sijil kepada peserta 

Penyampaian sijil penyertaan

Dato' Hj. Zakaria bertanyakan sesuatu kepada peserta

Nazir Masjid Nurul Iman menyampaikan cenderahati kepada Dato' Hj. Zakaria

Dato' Hj. Zakaria menikmati jamuan minum petang

Pengerusi JKKK termenung keletihan

Dato' Hj. Zakaria sempat menikmati " Durian Gebok "

Para peserta bergambar ramai sebelum balik kerumah masing2

Pihak pengurusan bergambar bersama dato' Hj. Zakaria Nordin



Gambar-gambar lain boleh didapati dilaman Galeri

Majlis Korban Berkelompok Sempena Aidiladha 2013

Sepertimana lazimnya pada tahun-tahun yang lepas, penduduk kampung ini menyempurnakan Ibadah Korban secara berkelompok. Pada tahun ini majlis yang sama telah diadakan pada 15hb Oktober 2013 bermula jam 10.00 pagi sehinggalah selasai kira-kira jam 3 petang. Penyembelihan telah dilaksanakan oleh ketiga-tiga Imam Masjid Nurul Iman iaitu Tn. Hj. Mohd Nor bin Kassim, Tn Hj. Mohd. Razi bin Rasul dan Tn. Hj. Subakir bin Hj. Ismail. Penduduk yang hadir turut sama-sama bergotong royong menyempurnakan kerja-kerja korban ini sehinggalah ke peringkat pembahagian daging korban.Kaum wanita juga turut sama membantu dalam penyediaan sup tulang untuk hidangan penduduk yang hadir.

Sebanyak 12 ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini. Peserta-peserta korban terdiri dari penduduk kampung ini dan ahli kariah Masjid Nurul Iman Kg. Gebok.Pengagihan daging-daging korban telah disempurnakan oleh Setiausaha Masjid Nurul Iman bersama Bendahari Masjid serta Tuan Bilal. 





Imam I ( Tn Hj Md Nor ) membacakan senarai nama peserta korban

Imam I sednag menyembelih lembu korban dengan dibantu penduduk
    
Penyembelihan yang telah dilakukan oleh Tn. Hj. Md. Nor ( Imam I )

Imam II  ( Tn. Hj. Mohd Razi Rasul ) bersedia untuk menyembelih lembu korban

Membacakan senarai peserta korban

Tn. Hj. Mohd Razi Rasul ( Imam II ) sedang menyembelih korban

Imam III ( Tn Hj. Subakir ) bersedia untuk melakukan penyembelihan korban

Tn. Hj Subakir ( Imam III ) sedang melakukan penyembelihan korban

Penduduk yang turut hadir di Majlis Korban Berkelompok 2013

Pengerusi JKKK ( Tn. Hj. Mohd. Isa ) turut sama memotong daging korban
Golongan belia turut sama bergotong royong menyempurnakan majlis ini

Penduduk bergotong royong memotong daging-dagin korban untuk diagih2kan.

Setiausaha dan Bendahari Masjid Nurul Iman membahagikan daging-daging korban

Tulang-tulang juga turut di bahagi2kan

Penduduk menunggu pembahagian daging korban

Pembahagian daging-daging korban kepada penduduk