Monday 19 August 2013

Pelancaran Kempen Pengibaran Jalur Gemilang Sempena Hari Kemerdekaan 2013

Majlis Pelancaran Kempen Pengibaran Jalur Gemilang untuk Kampung Gebok Sempena Hari Kemerdekaan 2013 telah pun diadakan di Masjid Nurul Iman pada 19hb. Ogos 2013 selepas solat Isya'. Majlis telah dimulakan dengan Ceramah Kemerdekaan oleh Tuan Guru Abd. Rashid dan diikuti dengan bacaan doa sempena kemerdekaan oleh Tuan Haji Mohd Razi Rasul selaku Imam 11 Masjid Nurul Iman. Penduduk begitu teruja dengan majlis ini dan begitu bersemangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang.

Seterusnya majlis dihiasi dengan perarakan Jalur Gemilang oleh Kelab Remaja Berbasikal serta penduduk yang hadir dan diakhiri dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang oleh Pengerusi JKKK Tn. Hj. Mohd Isa Hussin serta nyanyian Negara Ku beramai2.

Pihak JKKK amat berterima kasih kepada semua penduduk yang hadir ke majlis tersebut dan menyeru agar penduduk kampung ini meneruskan kempen ini kerumah masing2 dengan mengibarkan Jalur Gemilang sehingga 16 September nanti. Kepada Pengerusi Biro Agama & Kebajikan JKKK (Tn. Hj Mohd Razi Rasul), tahniah diucapkan keatas inisiatif beliau melaksanakan Program yang amat besar maknanya ini.


Tuan Guru Ustaz Abd. Rashid menyampaikan Ceramah Kemerdekaan

Tuan Imam 11 dan Nazir Masjid sedang berbincang

Antara Penduduk Yang Hadir

Pengerusi JKKK pun turut hadir

Beramai-ramai mengaminkan Doa

Basikal yang dihias dengan Jalur Gemilang

Beramai-ramai mengibarkan Jalur Gemilang

Masih muda tapi bersemangat 

Sila ke laman Galeri untuk gambar-gambar selanjutnya.

Sunday 18 August 2013

Majlis Penghakiman Anugerah Desa Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2013

Majlis Penghakiman nugerah Desa Sejahtera telah pun berlangsung pada 16hb. Ogos 2013 (Jumaat) jam 9.00 pagi bertempat di Balairaya Kampung Gebok. Majlis telah pun berlangsung dengan meriahnya dan saya percaya Panel Hakim amat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan. Tan Sri Dato' Seri Khalid Abu Bakar ( Ketua Polis Negara ) pun turut hadir di majlis berkenaan sebagai tetamu kehormat kampung. Panel Hakim telah diiringi oleh pihak polis trafik sebaik keluar dari Hotel tempat mereka menginap hinggalah ke Kampung Gebok untuk memudahkan perjalanan mereka. Sesampainya mereka ke Kampung Gebok, pasukan berbasikal Kelab Remaja Berbasikal pula menyambut dan mengiringi mereka hingga ke pintu gerbang kampung. Para Hakim kemudiannya diarak oleh pasukan kompang kampung dan dua anak gadis Orang Asli Kampung Orang Asli Gebok dan AJK JKKK serta Ketua2 Jabatan yang hadir. Kemudian mereka dipersembahkan dengan persembahan kesenian pelbagai kaum. Pasukan Silat Kg. Gebok, Kumpulan Tari Piring Kg. Gebok, Persembahan tarian penari India dan Persembahan tarian Penari-Penari Orang Asli turut mengambil bahagian.

Para Hakim mengambil tempat tepat jam 9.30 pagi dan terus dihidangkan dengan Air Tebu, minuman kebanggan Kampung Gebok. Seterusnya majlis telah berjalan dengan lancar sehinggalah tamat pada jam 12.15 tengahari. Setelah selesai menikmati jamuan yang disediakan para panel hakim beredar untuk ke Melaka.

Semuga Kampung Gebok berjaya dalam pertandingan ini. Sama2lah kita tunggu keputusannya.

Para Hakim Di Iringi Polis Trafik

Disambut Oleh Pasukan Berbasikal

Panel Hakim Di Sambut Pengerusi JKKK Kampung Gebok

Diarak Dengan Paluan Kompang dan Bunga Telor

Antara Panel Hakim Yang Mengadili Pertandingan

Wakil Dari JKKK Kampung Gebok

Sebahagaian Lagi Panel Hakim

Antara Jemputan Yang Hadir termasuk Tuan Pegawai Daerah

Ketua Polis Negara Tan Sri Dato' Seri Khalid bin Abu Bakar turut hadir

Berdiri Tegak Menyanyikan Negara Ku

Tuan Imam Hj. Mohd Razi Rasul Membacakan Doa

Ketua Polis Negara Turut Mengaminkan Doa

Gadis Orang Asli Pembawa Bunga Telor

Bergambar Ramai bersama Para Panel Hakim
Sila Ke laman Aktiviti untuk Gambar2 Sekitar majlis penghakiman ini.

Monday 12 August 2013

Anugerah Desa Sejahtera Peringkat Kebangsaan Tahun 2013

Untuk pengetahuan semua Majlis penilaian/penghakiman Pertandingan Anugerah Desa Sejahtera Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 akan diadakan pada 16hb. Ogos 2013 di Kampung Gebok. Majlis ini akan bermula jam 9.00 pagi bertempat di Balairaya Kampung Gebok. Semua penduduk kampong dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini. Berilah sokongan moral kepada JKKK Kampung Gebok yang telah bertungkus lumus membuat persiapan untuk menghadapi pertandingan ini.

Adalah menjadi harapan semua penduduk kampung agar kampung ini berjaya didalam pertandingan ini. Sesungguhnya kejayaan kampong kita bukan saja akan menaikkan nama kampung tetapi akan tambah menyemarakkan lagi nama Negeri Sembilan.

Oleh yang demikian sama-samalah kita doakan kejayaan kampung ini didalam pertandingan tersebut.

Sunday 11 August 2013

Program Desa Lestari

Untuk pengetahuan semua, selain dari dipilih mewakili Daerah Seremban ke Pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 2013, kampong kita juga telah dipilih mewakili Negeri Sembilan ke Program Desa Lestari Peringkat Kebangsaan Tahun 2013. Sessi Pembentangan Pencapaian JKKK telah diadakan di INFRA Bangi pada 7hb. Julai 2013. Pihak JKKK Kampung Gebok telah diwakili oleh Tn. Hj. Mohd. Isa bin Hussin, En. Kamarulzaman bin Abu Bakar, En. Dzulkifli Kamal bin Kamaruddin, Puan Zanariah binti Abu Bakar dan Pn. Hjh. Rohani binti Abu Bakar. Mereka telah pun melakukan yang terbaik demi kampong ini. Sama-samalah kita nantikan keputusannya. Sekiranya berjaya maka satu lagi kejayaan cemerlang akan kita kecapi. Tahniah semua.


Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang / Sejahtera Peringkat N9 Tahun 2013

Alhamdulillah....Syukur kita ke hadzrat Illahi kerana Kampung Gebok sekali lagi telah dipilih untuk bertanding dalam Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang / Anugerah Desa Sejahtera Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2013. Berkat kerjasama semua dan kerja keras JKKK Kampung Gebok dibawah pimpinan Tn Hj. Mohd. Isa bin Hussin, Kampung Gebok telah Berjaya menjadi Johan Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2013. Kalau pada Tahun 2012 kita hanya menduduki Tempat Ketiga kini kedudukan kita bertambah baik. Tahniah diucapkan kepada semua penduduk Kampung Gebok. Semuga kita terus menjaga nama baik kampong kita.

Sijil Penghargaan
Johan Anugerah Desa Cemerlang/
Anugerah Desa Sejahtera Tahun 2013
Peringkat Negeri Sembilan


Panel Hakim Anugerah Desa Sejahtera Sedang
Meneliti Pembentangan Pencapaian JKKK

Antara Yang Hadir Di Majlis Penilaian / Penghakiman
Anugerah Desa Sejahtera

Pengerusi JKKK Menyampaikan Ucapan

AJK JKKK Dan semua Yang Terlibat Bergambar
Bersama Panel Hakim