MADU KELULUT
Sabda Nabi
Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Sesiapa
menjilat/minum madu tiga(3) pagi setiap bulan, tidak akan ditimpa bala
(penyakit) berat. (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah )
Sabda Nabi
Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Syifa
(ubat/pengubatan/pembaikan/penawar) itu ada pada tiga – meminum madu, berbekam,
dan dengan besi panas, dan aku melarang/menegah ummatku dari besi
panas.(Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah – Kitab Sahih Bukhari)
Sabda Nabi
Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Ke atas kamu dua penyembuh
(syifa) : Madu dan Alquran (Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Majah)
KHASIAT MADU
KELULUT
Madu lebah kelulut mempunyai pelbagai
khasiat untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Antara penyakit yang
dilaporkan sembuh mengunakan madu kelulut adalah:
1. Diabetis
Mellitus (Kencing Manis)
2. Strok
3. Kanser
4. Hipertension
5. Gaut
6. Sakit-sakit
sendi
7. Menguatkan
tenaga batin
8. Anti-Penuaan
9. Jerawat
10. Kudis/Kurap/Fungus
11. Meningkatkan metabolisme badan, menjaga
kecantikan, menguatkan wanita yang
baru bersalin.
12. Memulihkan kecederaan dalaman
Serta
penyakit-penyakit lain yang boleh dirawat dengan madu lebah biasa.
MENGAPA
MADU KELULUT MAMPU MERAWAT PENYAKIT DAN MENJAGA KECANTIKAN
Madu kelulut
sememangnya mempunyai banyak khasiat. Disebabkan lebah kelulut lebih kecil
berbanding lebah biasa, ia mampu menghisap madu daripada bunga sehingga
ruang paling dalam. Hasilnya, madu yang dihisap mengandungi banyak vitamin dan
mineral.
Madu lebah
kelulut ini juga mempunyai kadar antioksida yang tinggi serta kaya dengan
antibiotic semulajadi. Kalau dibandingkan dengan madu lebah biasa, madu
lebah kelulut lebih 2 kali ganda khasiatnya terutamanya untuk tenaga iaitu 20
gram madu lebah biasa menyamai 10 gram madu kelulut.
Antara bahan
penting yang dihasilkan kelulut ialah propolis. Propolis dihasilkan oleh
lebah melalui campuran air liurnya dengan bahan makanannya seperti
debunga, kulit kayu, pucuk-pucuk pokok dan bunga. Anak-anak lebah kelulut
dan kokun sangat sensitif kepada serangan virus, kulat dan serangga perosak.
Untuk memastikan sarang sentiasa bersih, steril dan kondisi terkawal,
lebah kelulut menghasilkan propolis yang berfungsi sebagai antikulat,
antivirus dan antibakteria.
Khasiat propolis
ialah mengandungi kesemua 16 jenis asid amino, glukosa, vitamin A,B,C,D
dan E, bioflavanoid dan pelbagai mineral. Bioflavanid sangat baik
untuk kelancaran dan baik pulih sistem tubuh manusia dan ternakan.
Untuk keterangan lanjut hubungi:
Dzulkifli Kamal bin Kamaruddin - 019 - 6277917
∞∞TERIMA KASIH∞∞
No comments:
Post a Comment