Lemang Buluh Hijau
Lain macam pulak iklan lemang ni kan.........tapi inilah hakikatnya...setelah dimasak buluhnya tetap hijau....Lemang ini diusahakan oleh beberapa orang penduduk Kampung Gebok. Lemang ini memang tidak boleh didapati ditepi2 jalan sepertimana selalunya kerana lemang ini hanyalah ditempah untuk majlis2 tertentu. Pengusaha lemang ini tidak menjual ditepi jalan semasa musim perayaan kerana tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk berbuat demikian. Mereka menerima tempahan dari orang perseorangan dan juga pihak caterer yang memerlukan lemang dalam kuantiti yang banyak. Walaupun buluhnya hijau setelah masak tetapi isinya tetap masak seperti biasa dan tidak berkerak. Jadi masih boleh dinikmati oleh penggemar2 lemang yang dah kekurangan gigi. Rasanya yang asli membuatkan pegusaha ini menerima tempahan yang bertalu2 dari rakan2 yang pernah merasanya.
Oklah....panjang sangat cerita tak guna kan? Tempah dan rasa dulu lemang ini baru buat penilaian.....Harga amat berpatutan.....tempahan diterima bila2 masa sepanjang tahun. Hari Raya Aidiladha hampir tiba, jadi buat lah pesanan awal2 supaya tidak terlepas......Hubungi Atan Kadir ( 012-6406137), Kamarulzaman Abu Bakar ( 0129333454) atau Dzulkifli Kamal (019-6277917) untuk tempahan. Untuk peniaga yang ingin berniaga pada musim Hari Raya Aidiladha atau hari2 lain pun boleh membuat tempahan. Sila lihat sebahagian dari gambar2 dari mula proses lemang ini dibakar sehinggalah siap untuk jamuan.....kemudian order ok.
Lemang juga boleh ditempah bersama rendang ayam atau rendang daging atau rendang kerang. Jangan teragak2 untuk menghubungi kami demi untuk menikmati keaslian rasa Lemang Buluh Hijau produk Kg. Gebok.
Penyediaan Api sebelum membakar lemang |
Penyediaan api untuk mendapatkan bara |
Lemang mula disusun untuk dibakar |
Sebahagian lemang yang telah diatur |
Deretan Lemang |
Deretan Lemang yang dibakar |
Lemang yang dibakar sentiasa dipantau |
Salah seorang pengusaha melihat keadaan lemang |
Lemang yang hampir masak |
Lemang-Lemang ini sentiasa dipantau untuk memastikan kualitinya |
Menggunakan Lampu Suluh kerana pembakaran lemang dibuat diwaktu malam |
Memastikan buluh lemang tidak terbakar |
Kualiti Lemang dijadikan perkara utama |
Lemang yang telah masak dipotong untuk hidangan |
Membelah lemang yang telah masak |
Tak sabar menunggu untuk merasa Lemang Buluh Hijau |
Lemang yang telah dipotong menunggu untuk dihidangkan |
Antara penggemar Lemang Buluh Hijau menikmati jamuan |
Projek Kuih Bahulu Tradisional
Produk Kuih Bahulu ini diusahakan oleh Pn. Aniza binti Amir. Produk ini adalah merupakan satu perusahaan kuih tradisional yang diusahakan dikampung ini. Produk kuih bahulu ini telah mendapat sambutan ramai terutama sekali menjelang Hari Raya dan majlis perkahwinan. Projek ini juga mendapat bantuan dari Jabatan Pertanian. Antara peralatan yang diterima adalah oven 2 deck, mixer dan meja kerja. Untuk membuat tempahan sila hubungi Pn. Aniza di talian 013-6035643
Produk Kuih Bahulu |
Kuih Muih Tradisional & Makanan Sejuk Beku
Projek ini adalah satu lagi projek yang mendapat bimbingan dan bantuan daripada Jabatan Pertanian. Projek Kuih Muih Tradisional ini dijalankan oleh Pn. Azilawati bt. Anuar. Disamping membuat kuih muih tradisional yang telah mendapat pasaran luas dikawasan ini dan juga sekitarnya, Pn. Azilawatie juga menjalankan projek makanan sejuk beku. Pelbagai makanan sejuk beku disediakan seperti karipap, donut, pulut panggang, lepat ubi, lepat pisang dan sebagainya. Bantuan yang diterima dari pihak Jabatan Pertanian adalah pembiayaan bangunan bengkel, oven, mixer, chiller, meja kerja dan improver. Untuk tempahan kuih muih tradisional dan makan sejuk beku ini sila hubungi 012- 9430760 ( Pn. Azilawatie ).
Bengkel Perusahaan Makanan Sejuk Beku Pn. Azilawati |
Makanan Sejuk beku yang telah sedia untuk dipasarkan |
Puan Azilawatie dan suami sedang menyiapkan kuih-muih |
Antara bantuan peralatan yang diterima dari Jabatan Pertanian |
Bantuan peralatan yang diterima dari Jabatan Pertanian |
Dapur penyediaan makanan sejuk beku. |
Projek Makanan Sejuk Beku
Miah Frozen Food ini diusahakan oleh Puan Jamiyah binti Karim. Antara produk-produk sejuk beku yang disediakan oleh Miah Frozen Food ialah karipap, wade, cucur badak, keria, samosa, donut, pau goreng dan lain2 lagi. Projek ini juga mendapat bantuan dari Jabatan Pertanian. Antara bantuan yang diterima adalah douh divider, oven, mixer, meja kerja dan kuali inti. Miah Frozen Food juga menerima tempahan kuih muih dan katering. Untuk tempahan sila hubungi 012-3379534 ( Pn. Jamiyah ).
Bengkel Miah Frozen Food |
Papan Tanda " Miah Frozen Food " |
Antara Sijil Penghargaan yang diterima oleh Puan Jamiah |
Makanan sejuk beku yang telah sedia untuk dipasarkan |
Bantuan Peralatan dari Jabatan Pertanian |
Meja kerja bantuan Jabatan Pertanian |
Pemandangan dalam bengkel Miah Frozen Food |
Projek Tanaman Tebu
Tanaman tebu secara komersil adalah projek yang mendapat sambutan hangat dikampung ini. Terdapat beberapa orang pengusaha tanaman tebu yang begitu gigih memajukan tanah-tanah terbiar dikampung ini dengan mentransformasikan tanah-tanah terbiar tersebut menjadi ladang tebu. Memandangkan permintaan terhadap tebu ini begitu tinggi maka Jabatan Pertanian telah memberikan khidmat nasihat dan bimbingan kepada pengusaha-pengusaha tersebut. Antara pengusaha-pengusaha tebu dikampung ini adalah:
1. En. Karim bin Yahya
2. En. Rosli bin Othman
3. Tn. Hj. Mislan bin Sanib
4. En. Azmi bin Borhan
5. E. Kamarulzaman bin Abu Bakar
6. En. Abd Rashid bin Isa
Untuk tempahan sila hubungi mereka yang tersenarai diatas.
Selain dari tanaman tebu terdapat juga tanaman-tanaman lain yang diusahakan oleh penduduk kampung ini seperti durian, nangka, pisang dan lain-lain. Namun buat masa ini tebu telah menjadi tanaman utama penduduk kampung ini.
Tanaman Tebu secara komersil |
Projek Tanaman Durian
Durian
adalah merupakan sejenis buah2an tradisional yang telah lama diusahakan
dikampung ini. Sudah menjadi sebutan bahawa Durian Mantin adalah antara durian
yang paling sedap di Malaysia. Oleh yang demikian ada penduduk kampung ini yang
telah mengusahakan tanaman ini secara komersil. Terdapat 5 orang pengusaha yang
telah berjaya dengan tanaman ini.
BIL.
|
NAMA PESERTA
|
KAWASAN (HA)
|
HASIL (RM)
|
1.
2.
3.
4.
5.
|
Hjh.
Marfoah Sajudi
Hj.
Che’ Ros b. Majid
Karim
bin Yahya
Azmi
bin Borhan
Hj.
Wan Chik b. Darus
|
3 Ekar
5 Ekar
2 Ekar
2 Ekar
7 Ekar
|
12,000
20,000
8,000
8,000
28,000
|
Jumlah
|
19 Ekar
|
76,000
|
Dusun Durian milik pengusaha projek |
Pemandangan Dusun Durian |
Buah Durian yang dihasilkan |
Antara Buah Durian Yang Popular |
Projek Tanaman Nangka
Nangka adalah sejenis
buah yang popular di Malaysia. Mantin adalah salah satu kawasan pengeluar
terbesar Nangka Madu yang begitu enak dan digemari ramai. Memandangkan
kepada permintaan yang meningkat terhadap buah ini maka penduduk kampung ini
telah mengambil langkah untuk sama-sama bersaing menjadi pengusaha tanaman
nangka. Buat masa ini terdapat 3 orang pengusaha tanaman nangka dikampung ini.
Projek tanaman ini dibantu dan dipantau oleh Jabatan Pertanian.
BIL.
|
NAMA PESERTA
|
KAWASAN (HA)
|
HASIL (RM)
|
1.
2.
3.
|
Karim
bin Yahya
Mohd
Nor b. Bujang
Hj
Mislan bin Sanib
|
2 Ekar
1.8 Ekar
1.5 Ekar
|
18,000
16,000
14,000
|
Tanaman Nangka Yang Sedang Di Usahakan
Tanaman Nangka
Penternakan
Penternakan
dan perikanan juga adalah merupakan salah satu kegiatan ekonomi yang dijalankan
oleh penduduk kampung ini. Ternakan lembu dan kambing serta pemeliharaan ayan
dan itik menjadi pilihan penduduk kampung ini untuk meningkatkan taraf ekonomi
kehidupan mereka. Dengan bantuan dan khidmat nasihat dari jabatan berkaitan
usaha mereka ini akhirnya berjaya memberikan pulangan yang agak lumayan.
BIL.
|
JENIS
PENTERNAKAN /
|
USAHAWAN
|
HASIL TAHUNAN (RM)
|
1.
2.
3.
|
KAMBING
LEMBU
AYAM / ITIK
|
3 org
3 org
10 org
|
27,000
90,000
24,000
|
Kandang Ternakan Lembu |
Kandang Ternakan Lembu |
Kandang Lembu |
Ternakan Itik |
Ternakan Itik |
Ternakan Ayam / Itik
|
Perikanan
Bidang perikanan ini
merupakan satu bidang yang baru diceburi oleh penduduk kampung ini. Ternakan
ikan ini diusahakan oleh Hj. Mislan bin Sanib dikawasan bersebelahan kawasan
tanaman tebunya.
Kolam Ikan Hj. Mislan |
Ikan-Ikan Di Kolam |
Memberi Makan Ikan |
Bermain-main Dengan Ikan |
Ikan Yang Jinak Mudah Ditangkap |
Projek Tanaman Kayu Gaharu
Projek tanaman Kayu Gaharu ini adalah merupakan satu projek tunggal yang diusahakan dikampung ini. Projek ini telah diusahakn oleh En. Yunus bin Miswan ditanah seluas lebih kurang 2 ekar. Penanaman kayu gaharu ini merupakan satu projek perintis dikampung ini.
Projek Tanaman Kayu Gaharu |
Projek Tanaman Kayu Gaharu |
Projek Tanaman Kayu Gaharu |
Projek Pembuatan Biskut dan Kek
Perusahaan membuat biskut dan kek ini diusahakan oleh Puan Norhafizah binti Abd Aziz. Projek ini mendapat bimbingan dan bantuan dari Jabatan Pertanian. Antara peralatan yang dibekalkan kepada pengusaha ialah Oven, Mixer dan Meja Kerja. Produk perusahaan yang berpotensi ini mula mendapat sambutan dikalangan penduduk sekitar kawasan Mantin. Untuk tempahan biskut dan kek sila hubungi 013-3477957 (Ija) atau 012-6126189 (Fizah).
Puan Furaizah merupakan pengusaha bersama "Ijazah Cookies |
Bantuan Peralatan dari Jabatan Pertanian |
Biskut yang telah siap dibakar |
Penegrusi JKKK bersama Bendahari JKKK disamping biskut yang telah sedia untuk dipasarkan |
No comments:
Post a Comment