Pembangunan Persekitaran



QL Poultry Farm Sdn Bhd



Pintu masuk ke QL Poultry Farm

Telur-Telur diasingkan mengikut gred.

Telur-Telur yang telah siap untuk dipasarkan

Stor penyimpanan dan pemunggahan telur.

QL Poultry Farm ini adalah sebuah syarikat penternakan ayam telur yang telah lama beroperasi di kampung ini. Syarikat ini mula beroperasi pada tahu 2000 dan sehingga kini telah beroperasi selama lebih kurang 12 tahun. Syarikat yang beroperasi menggunakan teknologi moden ini adalah salah sebuah syarikat pengeluar telur ayam yang terbesar di Malaysia dan mempunyai bilangan pekerja seramai 135 orang yang terdiri dari penduduk tempatan dan sekitarnya. QL Poultry Farm ini mampu mengeluarkan telur pelbagai gred sebanyak 800,000 sehari. Pihak pengurusan syarikat ini juga prihatin terhadap program-program kemasyarakatan kampung ini dan sering bekerjasama untuk menjayakan program-program tersebut.








Kolej Universiti Linton

Pintu masuk ke Kolej Universiti Linton

Bangunan Pentadbiran Kolej Universiti Linton
Kolej Universiti Linton adalah sebuah Kolej yang bernaung dibawah Lagenda Education Group.Terdapat 5 kolej yang bernaung Lagenda Education Group yang merupakan salah satu institusi pengajian tinggi yang terbesar di Malaysia. Kolej ini mengambil pelajar dari dalam dan luar negera. Kolej ini juga menawarkan pelbagai jenis kursus Pengurusan Perniagaan, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal dan sebagainya. Dengan adanya Pusat pengajian seperti ini akan menambah inspirasi kepada anak-anak tempatan untuk berjaya dalam bidang pendidikan.

Papan Tanda Jalur Salju Sdn Bhd

Pintu masuk ke Pusat Tanaman Jalur Salju Sdn. Bhd.

Bangunan penanaman bioagricultural

Antara anak benih tanaman yang ditanam di Jalur Salju Sdn. Bhd. 

Anak-anak benih tanaman

Tanaman Cendawan yang diproses di Jalur Salju Sdn Bhd.
Jalur Salju Sdn. Bhd.adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan tanaman nursery berasaskan tissue culture dan juga cendawan. Mula beroperasi dikampung ini beberapa tahun lepas, syarikat ini telah pun berkembang maju. Pengurusan syarikat ini juga sering memberikan kerjasama kepada pihak pengurusan kampung didalam apa jua program yang dijalankan dikampung ini. Dengan adanya syarikat-syarikat seperti ini beroperasi dikawsan kampung kami, maka ini jelas menunjukkan bahawa kampung kami menerima kemajuan ekonomi secara menyeluruh.


Staffield Country Resort

Bangunan Club House

Kawasan Lapangan Golf Staffield Country Resort

Lapangan Golf Staffield Country Resort

Rumput yang menghijau menambahkan kecantikan Staffield Golf Resort
Staffield Golf Resort adalah merupakan satu tempat peranginan pilihan bagi mereka yang inginkan kelainan dan kedamaian. Dilengkapi dengan padang golf 27 lubang, Staffield Country Resort juga menawarkan bermacam-macam lagi kemudahan riadah sperti gelanggang tenis dan kolam renang. Secara ringkasnya tempat ini adalah tempat percutian yang unik dan sesuai untuk individu yang inginkan ketenangan dan keluarga yang mahukan kedamaian. Staffield Country Resort mula beroperasi dikawasan ini sejak tahun 1994. Pihak pengurusan Resort ini sering bekerjasama dengan pihak pengurusan kampung ini dalam semua program yang dijalankan.

Kolej Tuanku Jaafar Mantin

Event's Board Kolej Tuanku Jaafar Mantin



Balai Pengawal Kolej Tuanku Jaafar Mantin


Bangunan Pentadbiran Kolej Tuanku Jaafar Mantin
Kolej Tuanku Jaafar ini ditubuhkan pada tahun 199i oleh YAM Tunku Naquiyuddin, Tunku Laksamana Negeri Sembilan, YAM Tunku Tan Sri Imran, YAM Tunku Dara Tunku Tan Sri Naquiah. Adalah menjadi inspirasi mereka untuk mewujudkan sebuah sekolah berasrama penuh ala British dinegara ini. Banyak syarikat-syarikat persendirian yang menyokong penuh inspirasi mereka dan telah mula mengumpulkan dana untuk tujuan tersebut. Akhirnya impian mereka tercapai, dan mereka telah memilih kampung kami sebagai lokasi sekolah itu dibina. Disamping mewujudkan suasana persekolahan dan sistem pembelajaran yang moden, Kolej ini juga telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Hingga kehari ni ini Kolej ini telah bertambah maju dan mempunyai pelajar dari dalam dan luar negara. Pihak pengurusan dan juga pelajar-pelajar kolej ini juga memberikan kerjasama yang erat didalam program-proram yang kami anjurkan dikampung kami.






























No comments:

Post a Comment