Friday 20 April 2012

Majlis Penilaian Anugerah Desa Cemerlang

Ucapan Selamat Datang


Para Panel Hakim Anugerah Desa Cemerlang

Majlis Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Sembilan telah diadakan di Kampung Gebok pada 19hb. April 2012. Kampung ini terpilih untuk mewakili Daerah Seremban setelah berjaya memenagi pertandingan ini di peringkat daerah baru-baru ini. Majlis yang berlangsung dengan penuh meriah ini telah dihadiri oleh ratusan penduduk kampung ini, penduduk-penduduk taman-taman perumahan dan kampung sekitar kawasan urus tadbir JKKK Kampung Gebok serta penduduk dari perkampungan orang asli Gebok. Para panel hakim telah diiringi oleh pasukan berbasikal dari Kelab Basikal Remaja Kampung Gebok dan pihak polis sehingga ke pintu gerbang kampung ini. Kemudian mereka telah disambut oleh Pengerusi JKKK kampung ini serta diiringi dengan paluan kompang sebingga kelokasi sambutan. Satu persembahan kebudayaan berbilang kaum telah dipertontonkan kepada mereka dan para panel nampak amat berpuashati dengan sambutan yang diberikan. Mereka juga sempat melawat produk-produk hasil kraftangan orang asli, produk-produk makanan yang diusahakan dikampung ini dan pamiran dari agensi-agensi yang turut mengambil bahagian. Setelah membuat penilaian dan sessi soal jawab, para panel hakim telah dijamu dalam majlis makan tengahari yang menghidangkan masakan tradisional kampung. Mereka sekali lagi jelas nampak berpuashati. Apa yang diharapkan ialah kampung ini berjaya dalam pertandingan ini. Sekalung tahniah dan syabas kepada pihak JKKK Kampung Gebok dibawah pimpinan Tn. Hj. Mohd. Isa bin Hussin yang telah bertungkus lumus membuat persiapan sambutan ini dengan dibantu oleh penduduk kampung. Semuga berjaya.

Sila lawati laman Aktiviti untuk gambar-gambar sekitar majlis.










No comments:

Post a Comment