Pada tahun 1887, En. Abdullah bin Dam Dam telah meneroka dan membuka kampung ini yang ketika itu merupakan sebuah kawasan perlombongan bijih timah yang diusahakan oleh pihak Inggeris. beliau juga adalah merupakan seorang pekerja di lombong bijih tersebut. Kebetulan pada suatu hari enjin kapal itu rosak dan beliau telah diberi kepercayaan untuk membaikki kerosakan tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerosakan itu beliau bertanya kepada pihak Inggeris apakah alat yang rosak. Maka dijawab oleh orang Inggeris tersebut "GEAR BOX".
Oleh kerana beliau tidak dapat menyebut perkataan tersebut dengan betul maka beliau bertanya sekali lagi dan dijawab lagi oleh orang Inggeris tersebut "GEAR BOX". Untuk mengingati dan menyebut perkataan itu maka beliau telah berulangkali bertanya kepada orang Inggeris tersebut. Akhirnya semasa berbual dengan rakan-rakan dipenempatan baru beliau memberitahu rakan-rakannya tentang perkara tersebut dan menyebut "GEBOK" sebagai alat yang rosak itu. Maka disahut oleh seorang rakannya serta mencadangkan kampung baru ini diberi nama "GEBOK". Setelah mendapat sokongan semua yang ada maka dinamakanlah kampung ini sebagai GEBOK dan nama itu kekal sehingga sekarang.
No comments:
Post a Comment