Tuesday 3 September 2013

Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Desa Sejahtera 2013 Peringkat Negeri Sembilan

Pada 22hb Ogos 2013 telah berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Desa Sejahtera 2013 Peringkat Negeri Sembilan. Majlis ini telah diadakan di Dewan Orang Ramai Rantau dan dirasmikan oleh YAB Dato' Mohamad Hj. Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Beliau juga telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Berikut adalah keputusan penuh Pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 2013 Peringkat Negeri Sembilan.

Johan                    -      Kampung Gebok (Seremban)
Naib Johan           -      Kampung Pelegong (Rasah)
Tempat Ketiga      -      Kampung Godang (Kuala Pilah)
Tempat Keempat  -      Kampung Sega (Rantau)

Majlis telah berlangsung dengan meriah dan Kampung Gebok telah menghantar 10 orang wakil dari kampung ini. Pihak penganjur juga telah menjemput Pihak JKKK Kampung Gebok untuk mempamirkan produk-produk yang dihasilkan dikampung ini. Tahniah diucapkan kepada Kampung Gebok yang berjaya menjuarai pertandingan ini. Semuga banyak lagi kejayaan yang akan ditempa selepas ini.

YAB Menteri Besar menyampaikan hadiah kepada Tn. Hj. Mohd Isa Hussin

Wakil Kg. Gebok turut sama naik ke pentas menerima hadiah

Pengerusi JKKK Kg. Gebok  bersalaman dengan YAB Menteri Besar

Pemenang-pemenang Anugerah Desa Sejahtera 2013

Barisan wakil dari Kampung Gebok bersama YAB Menteri Besar

Wakil Kg. Gebok bersama Pengarah KEMAS Negeri Semibilan, Puan Norizan Muda

Hidangan yang lazat turut disediakan

Bergambar bersama YAB Menteri Besar Negeri Sembilan



No comments:

Post a Comment