Monday 19 August 2013

Pelancaran Kempen Pengibaran Jalur Gemilang Sempena Hari Kemerdekaan 2013

Majlis Pelancaran Kempen Pengibaran Jalur Gemilang untuk Kampung Gebok Sempena Hari Kemerdekaan 2013 telah pun diadakan di Masjid Nurul Iman pada 19hb. Ogos 2013 selepas solat Isya'. Majlis telah dimulakan dengan Ceramah Kemerdekaan oleh Tuan Guru Abd. Rashid dan diikuti dengan bacaan doa sempena kemerdekaan oleh Tuan Haji Mohd Razi Rasul selaku Imam 11 Masjid Nurul Iman. Penduduk begitu teruja dengan majlis ini dan begitu bersemangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang.

Seterusnya majlis dihiasi dengan perarakan Jalur Gemilang oleh Kelab Remaja Berbasikal serta penduduk yang hadir dan diakhiri dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang oleh Pengerusi JKKK Tn. Hj. Mohd Isa Hussin serta nyanyian Negara Ku beramai2.

Pihak JKKK amat berterima kasih kepada semua penduduk yang hadir ke majlis tersebut dan menyeru agar penduduk kampung ini meneruskan kempen ini kerumah masing2 dengan mengibarkan Jalur Gemilang sehingga 16 September nanti. Kepada Pengerusi Biro Agama & Kebajikan JKKK (Tn. Hj Mohd Razi Rasul), tahniah diucapkan keatas inisiatif beliau melaksanakan Program yang amat besar maknanya ini.


Tuan Guru Ustaz Abd. Rashid menyampaikan Ceramah Kemerdekaan

Tuan Imam 11 dan Nazir Masjid sedang berbincang

Antara Penduduk Yang Hadir

Pengerusi JKKK pun turut hadir

Beramai-ramai mengaminkan Doa

Basikal yang dihias dengan Jalur Gemilang

Beramai-ramai mengibarkan Jalur Gemilang

Masih muda tapi bersemangat 

Sila ke laman Galeri untuk gambar-gambar selanjutnya.

No comments:

Post a Comment