Friday 15 November 2013

Gotong Royong Kampung Gebok

Satu Program Gotong Royong membersihkan Balai Raya, Tanah Perkuburan dan Masjid Nurul Iman telah diadakan pada 13.11.2013. Program ini dianjurkan oleh Pemuda UMNO Kg. Gebok bersama UMNO Cawangan Kg. Gebok, Pihak JKKK Kg. Gebok dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kawasan Mantin. Program Gotong Royong menjelang Aidiladha ini telah dijayakan dengan kerjasama semua penduduk Kampung Gebok. Disamping itu juga pihak Jabatan Bomba telah mengumumkan akan berusaha menjadikan Kampung Gebok sebagai kampung pertama di Malaysia yang berkonsepkan satu rumah satu pemadam api. Syabas dan tahniah kepada semua yang menjayakan program ini.



Pengerusi JKKK sedang merhatikan kerja-kerja yang dijalankan

Pengerusi JKKK memeriksa longkang yang dibersihkan

Anggota Jabatan Bomba & Penyelamat turut sama menjayakan gotong royong 

Anggota dan Penyelamat menyembur air untuk membersihkan longkang balairaya.

Rumpu-rumput yang panjang dikawasa perkuburan dipotong

Salah seorang penduduk sedang tekun memotong rumput

Semangat gotong royong membersihkan kawasan tanah perkuburan ini mesti dikekalkan

Antara yang hadir dalam majlis gotong royong.

Bergambar ramai setelah bersama-sama membersihkan kawasan tanah perkuburan

Panas terik tidak menghalang mereka menunaikan tanggungjawab

mencabut rumput dipusara-pusara yang terdapat dikawasan perkuburan

Ketua Pemuda dan pembantu memeriksa kawasan perkuburan

Penduduk menjalankan kerja-kerja pembersihan

Berehat sementara menunggu giliran memotong rumput

Kerjasama erat ditunjukkan semasa bergotong royong

Kenderaan Jabatan Bomba & Penyelamat turut digunakan semasa gotong royong

Minum pagi bersama Pengerusi JKKK dan Ketua Balai Bomba & Penyelamat Mantin

En. Azlan ( Ketua Balai Bomba & Penyelamat Mantin ) memberikan taklimat

Bergambar ramai sempena pelancaran Pogram 1 Rumah 1 Pemadam Api

Semua yang hadir bergambar ramai dengan anggota Bomba & Penyelamat

Ketua Pemuda bersalaman dengan En. Azlan


No comments:

Post a Comment