Friday 15 November 2013

Program Kem Motivasi Bagi Pelajar-Pelajar kampung Gebok 2013

Masjid Nurul Iman Kg. Gebok telah menganjurkan " Program Kem Motivasi Untuk Pelajar-Pelajar Kg. Gebok " pada 25 dan 26 Oktober 2013. Program ini dianjurkan bersama dengan pihak JKKK Kampung  Gebok dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Tujuan Program ini adalah untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar supaya mendapat keputusan cemerlang didalam peperiksaan yang bakal mereka hadapi serta mengeksploitasikan kebolehan dan bakat yang ada pada diri masing-masing. Disamping pengisian dari segi ilmiah, program ini juga turut memberikan pengisian dari segi kerohanian. Tn. Hj. Mohd Razi bin Rasul dan Ustaz Sharifudin bin Abd. Rashid adalah merupakan antara motivator yang menyampaikan ceramah dalam bidang kerohanian. Penceramah-penceramah tempatan dan jemputan seperti dari PDRM juga turut menyampaikan ceramah. 

Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi JKKK Kampung Gebok ( Tn. Hj. Mohd Isa bin Hussin ) pada 25hb. Oktober 2013 jam 4.00 petang. Seramai 21 orang pelajar dikampung ini telah menyertai program ini. Adalah diharapkan program ini akan diteruskan dimasa akan datang demi untuk membentuk keperibadian dan disiplin penduduk kampung ini.

Pihak penganjur program ini telah menjemput Dato' Hj. Zakaria Nordin ( Timbalan Ketua UMNO Bahagian Seremban ) untuk majlis perasmian penutup pada 26hb. Oktober 2013. Majlis bersurai setelah para hadirin menikmati jamuan minuman petang yang disediakan oleh pihak penganjur.  


Para Peserta Program mendaftarkan diri

Imam II Masjid Nurul Iman membacakan doa

Pengerusi JKKK Kampung Gebok memberikan ucapan dan merasmikan program

Tn. Hj. Mohd Razi Rasul sedang menyampaikan ceramah

Peserta tekun mendengar ceramah kerohanian dari Tn. Hj. Mohd. Razi

En. Abd Ghani salah seorang penceramah undangan memberikan ceramah

Salah seorang peserta mengemukakan soalan kepada penceramah

Para peserta mengikuti Kuliah Subuh anjuran Masjid Nurul Iman

Imam II Masjid Nurul Iman sedang memberikan Kuliah Subuh

Bersenam bersama Imam II Masjid Nurul Iman

Kuliah Subuh disambung semula selepas senaman

Ustaz Sharifudin Abd. Rashid sedang memberikan ceramah 'Pengendalian Masa'

Para peserta sedang mengambil nota berkaitan pengendalian masa

Setiausaha Masjid Nurul Iman menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Sharifudin

Tuan Mazlan dari Jabatan Polis turut menyampaikan ceramah

Tuan Mazlan dengan ceramah bertajuk ' Jenayah Remaja '

Tuan Hj. Shamsudin Abdullah wakil MAINS memberikan ucapan

Pengerusi JKKK berbincang dengan Dato' Hj. Zakaria Nordin

Antara penduduk yang hadir di majlis penutup program

ibu-ibu peserta yang turut hadir

Ustaz Sharifudin sednag membacakan doa penutup

Pengerusi JKKK sednag berucap

YBHG Dato' Hj Zakaria Nordin sedang berucap

Perasmian Penutup disempurnakan oleh YBHG Dato' Hj. Zakaria Nordin
Dato' Hj. Zakaria Nordin menyampaikan sijil kepada peserta 

Penyampaian sijil penyertaan

Dato' Hj. Zakaria bertanyakan sesuatu kepada peserta

Nazir Masjid Nurul Iman menyampaikan cenderahati kepada Dato' Hj. Zakaria

Dato' Hj. Zakaria menikmati jamuan minum petang

Pengerusi JKKK termenung keletihan

Dato' Hj. Zakaria sempat menikmati " Durian Gebok "

Para peserta bergambar ramai sebelum balik kerumah masing2

Pihak pengurusan bergambar bersama dato' Hj. Zakaria Nordin



Gambar-gambar lain boleh didapati dilaman Galeri

No comments:

Post a Comment