Alhamdulillah....Syukur kita ke hadzrat Illahi kerana Kampung Gebok sekali lagi telah dipilih untuk bertanding dalam Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang / Anugerah Desa Sejahtera Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2013. Berkat kerjasama semua dan kerja keras JKKK Kampung Gebok dibawah pimpinan Tn Hj. Mohd. Isa bin Hussin, Kampung Gebok telah Berjaya menjadi Johan Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2013. Kalau pada Tahun 2012 kita hanya menduduki Tempat Ketiga kini kedudukan kita bertambah baik. Tahniah diucapkan kepada semua penduduk Kampung Gebok. Semuga kita terus menjaga nama baik kampong kita.
Sijil Penghargaan Johan Anugerah Desa Cemerlang/ Anugerah Desa Sejahtera Tahun 2013 Peringkat Negeri Sembilan |
Panel Hakim Anugerah Desa Sejahtera Sedang Meneliti Pembentangan Pencapaian JKKK |
Antara Yang Hadir Di Majlis Penilaian / Penghakiman Anugerah Desa Sejahtera |
Pengerusi JKKK Menyampaikan Ucapan |
AJK JKKK Dan semua Yang Terlibat Bergambar Bersama Panel Hakim |
No comments:
Post a Comment