Majlis Penghakiman nugerah Desa Sejahtera telah pun berlangsung pada 16hb. Ogos 2013 (Jumaat) jam 9.00 pagi bertempat di Balairaya Kampung Gebok. Majlis telah pun berlangsung dengan meriahnya dan saya percaya Panel Hakim amat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan. Tan Sri Dato' Seri Khalid Abu Bakar ( Ketua Polis Negara ) pun turut hadir di majlis berkenaan sebagai tetamu kehormat kampung. Panel Hakim telah diiringi oleh pihak polis trafik sebaik keluar dari Hotel tempat mereka menginap hinggalah ke Kampung Gebok untuk memudahkan perjalanan mereka. Sesampainya mereka ke Kampung Gebok, pasukan berbasikal Kelab Remaja Berbasikal pula menyambut dan mengiringi mereka hingga ke pintu gerbang kampung. Para Hakim kemudiannya diarak oleh pasukan kompang kampung dan dua anak gadis Orang Asli Kampung Orang Asli Gebok dan AJK JKKK serta Ketua2 Jabatan yang hadir. Kemudian mereka dipersembahkan dengan persembahan kesenian pelbagai kaum. Pasukan Silat Kg. Gebok, Kumpulan Tari Piring Kg. Gebok, Persembahan tarian penari India dan Persembahan tarian Penari-Penari Orang Asli turut mengambil bahagian.
Para Hakim mengambil tempat tepat jam 9.30 pagi dan terus dihidangkan dengan Air Tebu, minuman kebanggan Kampung Gebok. Seterusnya majlis telah berjalan dengan lancar sehinggalah tamat pada jam 12.15 tengahari. Setelah selesai menikmati jamuan yang disediakan para panel hakim beredar untuk ke Melaka.
Semuga Kampung Gebok berjaya dalam pertandingan ini. Sama2lah kita tunggu keputusannya.
Para Hakim Di Iringi Polis Trafik |
Disambut Oleh Pasukan Berbasikal |
Panel Hakim Di Sambut Pengerusi JKKK Kampung Gebok |
Diarak Dengan Paluan Kompang dan Bunga Telor |
Antara Panel Hakim Yang Mengadili Pertandingan |
Wakil Dari JKKK Kampung Gebok |
Sebahagaian Lagi Panel Hakim |
Antara Jemputan Yang Hadir termasuk Tuan Pegawai Daerah |
Ketua Polis Negara Tan Sri Dato' Seri Khalid bin Abu Bakar turut hadir |
Berdiri Tegak Menyanyikan Negara Ku |
Tuan Imam Hj. Mohd Razi Rasul Membacakan Doa |
Ketua Polis Negara Turut Mengaminkan Doa |
Gadis Orang Asli Pembawa Bunga Telor |
Bergambar Ramai bersama Para Panel Hakim |
No comments:
Post a Comment